SELAMAT DATANG KE ZON LARANGAN MENGUMPAT. JAGA JAGA ADA YANG MEMERHATI !

Friday, 26 May 2017

ADOBE ILLUSTRATION : EDIT BISNESS CARD

Assalammualaikum. Rabu kelmarin aku sempat belajar
 cara nak buat bisness card. Korang boleh click Freepik.com untuk regester.
Serius banyak gila contoh contoh bisness card. Korang boleh lah pilih. Pasti rambang mata haha😍

Lepas tu korang editlah dekat app Adobe Illustration untuk ubah nama card korang tu.
Sangat best pakai.
So nilah hasil card aku.

T.P Production stand for Tangan Parkinson Production. Huhu 😇
Suatu hari nanti, aku teringin nak buat video-video yang menarik dan
dapat memberi manfaat pada orang ramai 😁 doa doakan ye. hihi 


Sunday, 21 May 2017

MOVIE MAKER : FAKTA MENARIK TENTANG DUNIA HAIWAN


Assalammualaikum, bawah ni aku letakkan video berkaitan dengan haiwan. Siapa pencinta haiwan boleh lah tambah pengetahuan korang if tengok video ni. Hehe. So enjoyed.









Wednesday, 17 May 2017

AUDACITY : KEGAGALAN HANYALAH SEBUAH PERMULAAN





Assalammualaikum. Final exam around the corner, seminggu lagi study week.
Macam biasa, kalau mula mula ni aku malas sikit nak study ( chill lah awal lagi kot ). Tapi dengar dengar, senior kata awal awal sem ni lah kena pulun takut dah naik sem sem atas, susah nak hadap segala soalan soalan yang killer.

So, dengan segala kudrat aku buat lah sedikit rakaman yang mungkin memberi motivasi kepada aku mungkin juga kepada anda. Ya mungkin.

Tak banyak tapi mungkin boleh membantu aku dan anda untuk lebih semangat.

Ya, di luar zon selesa, anda terdedah kepada kegagalan dan kesusahan. Namun begitu, percayalah bahawa kegagalan itu hanyalah sebuah permulaan. 
Ayuh. Beranikan diri dan cabarlah kebiasaan!

Jadi, hayatilah 😄😄


Wednesday, 10 May 2017

POWERPOINT : SUBJEK MATEMATIK BAB 1 SET TINGKATAN 4





Gandingan bersama

Indah Miftahusolihah Bt Marhaban
Farah Nasuha Bt Md Saad
Nur Najibah Bt Basorri

dibawah ye ↓↓

Tuesday, 9 May 2017

TUTORIAL : CARA MENGISI MARKAH MENGGUNAKAN EXCEL


Assalammualaikum , hai. Harini nak share satu ilmu tentang  CARA CARA MENGISI MARKAH TAHUNAN PELAJAR menggunakan EXCEL



Bahan – bahan :
1) MICROSOFT EXCEL 

Cara – cara penyediaan :

1) Buka > MICROSOFT EXCEL > type nama pelajar seramai 25 orang
( Rajah 1 )

( Rajah 1 )



2) Tekan > Sheet1 > rename as MARKAH PELAJAR
( Rajah 2 )

( Rajah 2 )



3) Sediakan jadual seperti Rajah 3 dibawah

( Rajah 3 )


#NOTA TAMBAHAN

Cara menghilangkan petak segi empat di bulatan merah ( Rajah 4 )
( Rajah 4 )

adalah dengan membirukan kawasan tersebut >  tekan Merge & Centre
rujuk Rajah 5 dibawah


( Rajah 5 )

4) Mengisi markah untuk setiap markah kuiz , peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun
( Rajah 6 )
( Rajah 6 )

--------

Mengira markah

20% dari Kuiz

30% dari Peperiksaan Pertengahan Tahun
50% dari Peperiksaan Akhir Tahun

> dengan menggunakan formula ( TIPS ) <
( Rajah 7 )

Tipsnya adalah rujuk Rajah 7

letakkan tanda “ = “ pada column markah  pelajar yang pertama > click pada
column markah kuiz pelajar tersebut > “ / “

click pada column 100% > “ * “ > click pada
colomn 20% > dan tekan “ Enter “

dia akan totalkan jumlah markah 20% bagi kuiz untuk pelajar tersebut
( Rajah 8 )

contoh :
 =C5/C4*E4
84/100%*20%
/ bermaksud bahagi
* bermaksud darab

( Rajah 8)


( Rajah 9)

Untuk markah pelajar yang lain tak payah nak kira satu satu. Kita just guna magic je.
Nak magic ? say HORRAYY ! haha

click column dekat jumlah 20% tu > letak cursor pada right buttom column tersebut

anda akan nampak cursor tersebut bertukar  menjadi “ + “so, korang just drag je column tersebut ke bawah sampai pelajar yang ke-25

diakan secara auto sum  jumlah markah untuk semua pelajar
rujuk rajah 9 untuk lebih terperinci

------

so kita masuk bab memasukkan gred

 Bina Jadual Skala Gred seperti rajah 10
(Pastikan skala itu disusun dari nilai rendah ke tinggi, jika sebaliknya formula VLOOKUP yang digunakan tidak akan memaparkan gred yang betul)

( Rajah 10 )

selepas itu gunakan formula VLOOKUP untuk mendapatkan gred pelajar
dengan merujuk  rajah 11
click Formulas > click Lookup & Reference > click VLOOKUP
( Rajah 11 )

akan pop out kotak macam ni



Lookup_value :
 click column gred pelajar >
click kotak kecik tu > click column 84% ( markah kuiz ) > akan jadi C5
Table_array : 
click kotak kecik tu > Highlightkan KOTAK MERAH itu >
 akan jadi O5:P11 > Lettakkan “ $ “ diantara abjad dan nombor
contoh O5:P11 > O$5:P$11

Col_index_num :

key in nombor “ 2 “


Range_lookup :key in “ TRUE “ dan click “ ok “Rujuk rajah 12 untuk lebih faham

( Rajah  12 )
dan 
gred untuk pelajar pertama akan muncul. Ini contohnya , rujuk rajah 13


( Rajah 13 )


Dan dragkan sahaja gred untuk pelajar yang lain ke bawah seperti contoh Rajah 8
------------
kita masuk bab menambahkan semua markah peperiksaan.
cara sama sahaja seperti contoh Rajah 6

letakkan tanda “ = “ pada column jumlah markah  pelajar yang pertama > click pada
column markah kuiz ( 20% )  pelajar tersebut > “ + “

click pada column markah peperiksaan  pertengahan tahun ( 30% ) > “ + “

 click pada column markah peperiksaan  akhir tahun ( 50 % )  > dan tekan “ Enter

dia akan totalkan jumlah markah peperiksaan tahunan untuk pelajar tersebut
( Rajah 12 )

contoh :
 =E5+H5+K5
16.8+27+50




( Rajah 12 )



Dan dragkan sahaja markah untuk pelajar yang lain ke bawah seperti contoh Rajah 13



MASUKKAN GRED TAHUNAN UNTUK MELENGKAPKAN JADUAL MARKAH TAHUNAN PELAJAR

----------



 bab terakhir : iaitu membina graf

hasilkan ruangan untuk gred dan bilangan ( petak merah ) rujuk rajah 15  > click column bil

Formulas > Insert Funtion > Statistical > COUNTIF




akan pop out box macam ni





Range
:
Highlightkan gred pelajar 1 – 25 ( kotak merah : rujuk rajah ) > akan jadi M5:M12
Lettakkan “ $ “ diantara abjad dan nombor
contoh M5:M12  > M$5:M$12 


Criteria :
Highlightkan gred disebelah bilangan  itu > click ok

 rujuk rajah dibawah



dapatlah bilangan pelajar yang dapat gred TH
dan just dragkan untuk bilangan pelajar yang dapat gred A,B,C,D,E,F


buat draf :
highlighkan jadual gred dan  bilangan > insert > column > pilih graf yang anda suka ^^




pindahkan draf ke sheet yang lain
click graf > click Move Chart > click Graf > click Ok


ALHAMDULILLAH SIAP PUN ^^ SENANGKAN 

Sunday, 19 March 2017

TUTORIAL : CARA MEMBUAT SIJIL DENGAN MUDAH

 


Assalammualaikum , hai jumpa lagi. Petang petang ni aku blur nak tulis muqadimah apa ! [ geleng kepala laju laju ] so aku straight to the point je boleh ?
              OKEY ! Harini aku nak ajar kome semua cara buat sijil paling mudah gila. Cepat sepantas kartun sonix gitu.

Bahan - bahan yang diperlukan hanyalah
1) Format sijil dalam MS Word (Rajah 1)


Rajah 1

Seterusnya buka dan klik
 Mailing - Start Mail Merge - Step by Step Mail Merge Wizard (Rajah 2)


Rajah 2

Selepas itu, paparan kecil akan kelihatan disebelah kanan MS Word tersebut ( Rajah 3 )
dan klik Next: Starting document

Rajah 3

dan  paparan step 2 of 6 : Select recipients akan kelihatan (Rajah 4 )

 Rajah 4

dan seterusnya akan kelihatan paparan step 3 of 6 : write your letter ( Rajah 5 )
klik type new list dan klik create

 Rajah 5

lepas tu akan keluar seperti ( Rajah 6 )
kamu semua boleh tambah nama dan sebagainya just

klik new entry


Rajah 6

Dan selepas itu , akan keluar seperti ( Rajah 7 )

Rajah 7

dan klik Next : Preview your letters

 

Rajah 8

 Dah jadi macam gambar ( Rajah 8 ) Selepas itu , klik
Complete the merge.

Tara , senangkan ? Dengan cara itu , mudahlah kerja korang semua.



Alhamdulillah.
Ya Allah, berikanlah kemudahan kepada pembaca blog ini untuk memahami hasil kerja aku. Berikan mereka kebahagiaan di dunia dan akhirat serta limpahkan rahmat-Mu keatasnya.. Aminn Ya Rabb

 


   

Aku sertakan video diatas untuk  memudahkan kefahaman korang ;)

p/s : sila sebarkan maklumat ini jika anda merasakan ianya berfaedah.

😊😊😊😊😊😊😊😊



Thursday, 2 March 2017

REVIEW BLOG : TOP 5 [2017]

[ credit here ]    


Assalammualaikum , hai. Minggu lepas aku diberi tugasan oleh sir tinggi  5 3 laksana primadona. Okeyy itu lirik lagu. Aku kena siapkan task untuk subjek mte. And dapat tahu last duedate dia harini. Maiged gilaa. Gigih bro weh sister.So, dalam banyak banyak blog aku kena pilih 5 blog and aku kena kritik blog depa lebih kurang jadi macam juri dekat maharajalawak giteww. Apa kelebihan dan kekurangan yang ada dalam blog depa. So aku taknak bebel panjang panjang. Jom kita scroll kebawah , untuk lihat top 5 bagi blog kegemaran aku.
 
SENARAI TOP 5 BLOG YANG AKU MINAT UNTUK TAHUN INI.


      Dulu lepas habis tingkatan 6, jenis mana nak baca buku bagai. So jiwa kosong ,aku terjebak sikit dalam kancah cerpen cinta ni. Kohkoh even aku bukan minah jiwang. Setakat ni nak katakan sebilangan besar cerpen dia aku dah baca. Serius tak tipu semua best best. Tak caya boleh klik sini. Back to reality and aku rasa tak banyak kelemahan yang ada pada blog ni.

KELEBIHAN YANG BLOG DIO ADO :
i ) Cerpen cerpen yang ditulis oleh blogger sangat menarik , 
ii ) Ada jam so takdelah sampai si pembaca terlepaih waktu solat.

 KELEMAHAN DIO PULOK :
i ) Blog ni takda lagu. Sebab kalau aku penat baca cerpen blogger. Aku boleh lah pasang lagu.


2) Budak Tomato




     Blogger mempunyai dua buah buku yang diterbitkan dibawah terbitan Iman Publication. Tajuk buku beliau berjudul " esc " dan buku kedua berjudul " wor[l]d ". Aku sarankan korang baca buku beliau. Sangat santai dan boleh beri motavasi pada kome kome. Hewhew

KELEBIHAN YANG BLOG DIO ADO :
i  ) Ada icon twitter so mudah untuk kenal blogger dengan lebih mesra
ii  ) Sangat simple tapi padat dan tidak serabut untuk susun atur blog
iii ) Menggunakan ayat ayat yang bermotivasi

 KELEMAHAN DIO PULOK :
i ) Jarang update entry
ii ) Terlalu panjang untuk dibaca, bagi pembaca yang kurang minat membaca


3) Zharif Azis



     Aku jumpa blog ni time pagi buta search pasal medsi upsi punya pasal. noob kot time tu. pergh gigih punya gigih so oyeahhh akhirnya aku jumpa blog Budak Braces ni. Serius best gila baca entry dia.. Kau ghase ? Aku rasa aku patut komen pasal blog dia ni kot. Kohkoh !

KELEBIHAN YANG BLOG DIO ADO :
i  ) Ada info yang memang kita boleh follow seperti tips interview
ii  ) Penggunaan font yang sesuai. tumbs up untuk u
iii ) Sentiasa update entry entry yang menarik

 KELEMAHAN DIO PULOK :
i ) Terlalu banyak gambar yang diupload
ii ) Tidak menggunakan banyak warna


4) jejariruncing

     Pemilik blog ini merupakan bekas tunang penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat. Mungkin status dia juga yang mempopularkan blog ini. Blog ini sangat popular buktinya pageviews blog ini sahaja sudah mencecah jutaan pembaca. Pemilik blog juga seorang yang manis dan bertudung litup.


KELEBIHAN YANG BLOG DIO ADO :
i )  Menggunakan header yang comel
ii)  Tersusun , mudah untuk pembaca mencari maklumat

 KELEMAHAN DIO PULOK :
i ) Tidak menggunakan banyak warna

     Maria juga seorang Vlogger yang popular. Video beliau kalau tak cecah ratus ribu pageview memang tak sah. Dia punya entri sempoi dan lawak macam video dia jugak. Aku suka tengok gambar-gambar dekat blog dia terutama gambar bila dia buat muka pelik. Serious rasa macam nak lempang pun ada. kahkah. Maria baca naya aku


KELEBIHAN YANG BLOG DIO ADO :
i  ) Dia punya entri sempoi dan lawak macam video dia jugak
ii ) Menggunakan widget yang sesuai serperti widget insta
iii ) Banyak bagi tips dan pengalaman hidup beliau

KELEMAHAN DIO PULOK :
i )  Menggunakan tulisan yang kecil
ii ) Tidak menggunakan banyak warna dalam entry


And itulah serba sedikit kelebihan dan kelemahannya. Yang baik datang dari Allah , yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajiim.